MAHARAJA STEAMBOAT SELAYANG terbaik! Berpatutan, marvelous beb~

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera

Steamboat.
Hurmm… Agak lama juga Nina & family tak makan steamboat. Memandangkan Gang tak berapa nak makan nasi, Nina pun saje-saje malas nak masak lauk kengkonon nak ajak makan kat luar. Alasan jer tuuu Ngada kann…~ hahaha

So semalam Nina saje-saje ajak Gang makan dinner kat Maharaja Steamboat yang terletak di Selayang. Berhampiran Stadium Selayang. Kalau berdiri depan stadium, toleh kiri dah nampak signboard besar Maharaja Steamboat. (Colour putih berlogo bulat).


Kami pernah makan sini beberapa bulan yang lalu. Masa tuu Food Review bersama sebahagian family besar #KelabBloggerBenAshaari. Natijah dari review tersebut - Nina kerap menerima banyak call, sms, email dan whatsapp orang nak booking makan disana. 
Dah kenapa plak bertalu call, whatsapp Nina ehh....?? 

Paling dasat masa bulan puasa yang lalu, boleh dikatakan setiap hari Nina terima call untuk booking. Puas laaa Nina explain yang Nina hanya blogger yang kongsikan pendapat dan pengalaman makan kat sana. Ada tuu Nina siap terangkan landmark ke sana. baikhati konon hehee . . .
Sampai Nina jadi hafal dah no telefon booking dia.  hahaha...!!
Dah macam berjawatan PR lak untuk restoran Maharaja Steamboat lak Nina ni~ Perasan! 
Tapi tak de commission punnnn  Tak pe, ikhlas bantu dan memberi info. Pahala tuuu... 

Check punya check rupanya blog Nina berada paling atas dipencarian Google untuk Buffet  Steamboat best Selayang - Maharaja Steamboat. OOooooooo........ Padan laaa..!!!
Depa dok call Nina selama ni. Tetiba bangga you! Giler tak bangga? Kembang vontot kita awakkk... Chewahh~
Sila rujuk SINI Sini Sini .... >>> Click Sini.. >>>> Maharaja Steamboat Selayang




Hah...!! Tengok ni jangan tak tengok...!!
Semalam Nina order couple set special (masih harga sama) RM27
Special sebab ada tambahan seafood dan ada grill. Kalau yang biasa tuu tak de grill dan tak de seafood. Anak-anak Nina memang hantu seafood. Udang sotong tuu semua depa yang belasah. hehee . . . .
Kuah pula Nina pilih Kuah TomYam dan rasanya juga masih sama. Sedap! 


Kemudian Nina order Nasi Goreng Pattaya. Tak mau pedas!
Mmmm.... sedap! Banyak rencah.. Dah serupa macam masak kat rumah punya Nasi Goreng. Puashati...!!

Tak sangka setelah beberapa purnama, owner Maharaja Steamboat - Pak Din masih kenal Nina. Dan beliau maklumkan ada beberapa perubahan info terkini terutama mengenai harga buffet dan beberapa menu tambahan yang ada. 


Harga buffet  ada perubahan iatu RM23.90/perpax terkini. 
Maharaja Steamboat ada menambah beberapa menu untuk buffet untuk pelanggan. Antaranya kepelbagaian jenis sos. Sebelum ini hanya kombinasi 3jenis sos sahaja, kali ini ada 9jenis sos dihidangkan. Ada black pepper, brown sos, cili ginger, BBQ, air asam, ketumbar sos dan macma-macam lagi. 


Walaupun ada kenaikkan harga, ianya masih berpatutan dan berbaloi-baloi berbanding tempat lain.  Selain tu, pelanggan punya lebih banyak pilihan bebola dan menu lain yang menepati citarasa. Ada ice-cream, buah-buahan, dadih dan jajan untuk kanak-kanak. Menarik kann..??

Tengok tuu.... berselera Eilman. Berulang dok tambah. simpankan sikit tuk mama ya.... Mama lagi buzy snap picture. hehe . . .



Walaupun malam semakin meninggalkan waktu, suasana kemeriahan di Maharaja Steamboat semakin terasa. Leka dok makan, tetiba tengok dalam pelanggan semakin ramai. Wahh....!! Patut laaa kena booking dulu sebelum datang. Full house rupanya! Fuhh~ Nasib baik Nina sampai sebelum waktu kemuncak. Kalau tak alamatnya Nina tak de tempat duduk nanti. 

Untuk makluman, waktu perniagaan telah berubah. 
Dibuka pada jam 4petang sehingga 2pagi. Tiada lagi breakfast dan lunch. 

Berminat nak makan steamboat di sini...?? Ini Nina kongsikan info yang ada.. Selebihnya bolehlah rujuk pada entry Nina terdahulu kat SINI Sini Sini .... >>> Click Sini.. >>>> Maharaja Steamboat Selayang. Atau hubungi saja restoran >> 03-6138 6664 untuk sebarang pertanyaan. 


Info harga:
 RM 12.00-KANAK-KANAK (7-12 Tahun)
 RM 23.90-DEWASA 

COUPLE SET (2 orang)     : RM22.00 /  RM27.00-Special
COUPLE SET (4 orang)     : RM37.00 / RM47.00-Special
GROUP SET (10 orang)     : RM72.00 / RM92.00-Special

Alamat:
Lagenda Maharaja Steamboat,
Lot 6 Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.
Lankmark : Stadium Selayang, toleh kiri akan nampak signboard putih berlogo bulat Maharaja Steamboat.

Atau whatsApp :-

Pn Nora - 0172796131
Aziz - 018 2073973
Pak Kuu din - 010 4239964
Lynda - 0172836473

Disarankan telefon dulu sebelum datang, booking. Atleast 3jam sebelum untuk reserved meja dan ada 10% diskaun !!
Waktu operasi : 4pm-2am

Instagram : @maharajasteamboat 
Facebook :  Maharaja Steamboat 

Labels: , , ,