Buffet Steamboat + Grill yang sedap, mabeles dan murah! Maharaja Steamboat kat Selayang best!

As'salamulaikum dan Salam Sejahtera

Kat mana ada Buffet Steamboat + Grill yang sedap, mabeles dan murah?
Hah! Hari ni  Nina nak share story mory tentang Steamboat. ...  

Buat sesapa yang dok area Selayang, Kepong, Rawang, Batu Caves, Taman Melati, Selangor dan seangkatan dan sewaktu dengannya kena cuba  steamboat Maharaja Steamboat.
Kat mana tuu?
Tempatnya di Selayang. Depan stadium Selayang toleh kiri dah nampak. Steamboat kat sini  memang best! Datang dari jauh pun tak rugi...

Pada 15/3/2015 yang lalu, Nina bersama team dari Kelab Blogger Ben Ashaari ada gathering & food review di Maharaja Steamboat.  Ini merupakan pertama kali Nina joint gathering KBBA. Syukur Alhamdulillah... Seronok dapat berkumpul reramai dan bertentang mata bersama blogger-blogger yang senior dan berpengalaman.



Di sini Nina kongsikan pandangan ikhlas Nina tentang keistimewaan di Maharaja Steamboat 

1-.  Pertama sekali Nina paling suka Roti Bakar Leleh dia... memang leleh ~~ 
Sedapp! Serious recommended. Roti bukan sekadar roti biasa, special Homemade roti. Tebal dan gebus! Pastu lak, mereka bakar roti tusedang elok garingnya, tak kering dan tak keras bila dah sejuk. Ditambah lagi dengan sapuan kaya atau jem yang melimpah ruah. Banyak! Sebab tuu dipanggil 'leleh'... Tengok pun boleh meleleh air liur~~
Hah! Tengok tuu..... baby Eilhan pun layannn.. Suka dia! Mama Abah dia lagi lah suka.... berset-set dah belasah~ hehee.....


2-.  Selain dari Roti Bakar Leleh yang mabeles tuu, Nina juga suka akan kuah TomYam nya yang disediakan  untuk Steamboatnya. Tak pedas sangat dan sangat sesuai untuk anak-anak. Sebab apa tau, anak-anak Nina pun hirup-hirup kuah TomYam tuu dengan selamba jer. 



4- Di Maharaja Steamboat juga ada menyediakan grill. Selalunya kat restoran steamboat lain hanya ada steamboat ajer kan.. Kat sini ada grill so boleh lah panggang dan bakar-bakar. 
Menu untuk grill juga disediakan. Ada ayam, daging, paru, udang, sotong dan yang paling best semuanya dah sedia diperap.   Untuk buffet yang ada grill bermula jam 4pm-3am.
Kat sini juga ada banyak pilihan bebola. Tengok tuu, panjang berderet. Tinggal pilih ajer...
Seafood kat sini juga fresh! Selain dari tuu  ada disediakan mee, bihun, yee mee, mee sanggul, kuey teow, maggi mee.... Hah! Macam-macam ada. 
Nina campurkan sekali bihun bersama kuah TomYam tuu bersama seafood yang fresh.
Perrghhh! Terangkat seyhh~ Sedap!

3- Nina sukakan kuah pencecah resepi Pak Din. Ada 3 jenis kuah. Sambal pedas, kuah manis, dan kuah kacang. Menurut kata Pak Din (empunya restoran), ketiga-tiga kuah tersebut perlulah di campur sekali dan di sinilah keistimewaan sos Maharaja Steamboat. Tak ada kat tempat lain. Kalau tak reti nak campurkan sekali, pekerja kat sana boleh buatkan. Selalunya Pak Din ada di sana... Ramah orangnya~ 
Sos ni Pak Din yang buatkan untuk Nina.... Satu kelainan dan sedap!



4- Di Maharaja Steamboat juga ada menyediakan menu Lunch. Kot ada yang wajib makan nasi tengahhari kat sini pun ada. 
Menu popular adalah Nasi Kuning bersama kuah kari Ikan. Special kuah kari nya....
Tak lupa, sup kawah yang pekat dan terangkat....  Slurppp slurrpp...!! Minta ajer nak letak apa. Daging, perut, lidah, gearbox semua ada.... 
Menu Sup nie ada dari pagi sampai laaa kawah besar  tu licin. 





3- Kalau ada yang tak suka buffet, ada pilihan cucuk-cucuk diwaktu malam. Banyak pilihan. Kat sini juga ada menyediakan konsep terbuka aka makan kat luar diwaktu malam. Buat yang sukakan style open air , kat sini memang sesuai sebabnya  waktu malam ada disediakan meja kerusi kat luar. So bolehlah lepak-lepak sambil tengok bulan dan mengira bintang di langit.... santai~



Nina share kan kat sini antara menu yang ada....  






Bila dah selesai berkumpul, masing-masing snap picture buat kenang-kenangan bersama... Cheese....!! Ini antara yang hadir... Best!


Sekadar teguran ikhlas Nina buat Pak Din, 
- Restoran perlukan kipas wap air dibahagian luar (bawah canopi) pada waktu siang untuk keselesaan pelanggan. Ini kerana makan steamboat diwaktu siang seolah-olah  berada dalam bilik sauna. Kepanasan wap steamboat menghangatkan suasana. 
- Set dapur masak steamboat perlu  ada extra lagi supaya pelanggan tidak perlu menunggu terutama sekali di masa sibuk. Ready to serve.
- Pastikan set dapur steamboat berfungsi dengan baik dan setiap pekerja yang ada telah dilatih untuk menangangi permasalahan set dapur steamboat dengan segera.
- Sediakan lebih kerusi baby. Yang sedia ada tak cukup andai ada keluarga besar datang serentak.

Ribuan terima kasih buat Pak Din Maharaja Steamboat. InsyaAllah Nina akan datang lagi...

Info harga:
 RM 12.00-KANAK-KANAK (7-12 Tahun)
 RM 23.90-DEWASA 


COUPLE SET (2 orang)     : RM22.00 /  RM27.00-Special
COUPLE SET (4 orang)     : RM37.00 / RM47.00-Special
GROUP SET (10 orang)     : RM72.00 / RM92.00-Special





Alamat:
Lagenda Maharaja Steamboat,
Lot 6 Jalan 2/10, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor.


Call : 0361386664, 0107765089 , 0172796131 atau whatsapp 0182073973
Disarankan telefon dulu sebelum datang, booking. Reserved meja dan ada 10% diskaun !!
Waktu operasi : 8am-3am

Instagram : @maharajasteamboat 
Facebook :  Maharaja Steamboat 

Dapat update ceritera review terkini Nina dan info harga terbaru Maharaja Steamboat di SINI ... Ya click Sini Sini >>> Info terkini Maharaja Steamboat

Terima kasih



Labels: , , ,