Menu ringkas lagi mudah : Ayam Goreng Kunyit....

As'salamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ayam Goreng Kunyit
Ini antara menu kegemaran yang disajikan oleh peniaga nasi berlauk di warga kota Kuala Lumpur. Ada juga peniaga yang hanya menjual menu ini sahaja.  Simple jer kan...
Harga ?? Hurmm.... Lain tempat lain pula standard harganya. 
Ada yang RM5 sebungkus dan ada juga mencecah sehingga RM7 sebungkus!  

Mahal?? Oh Malaysia... Syukur masih aman.
Ok, nampak mahal walaupun sebenarnya senang aje nak buatnya namun menu Ayam Goreng Kunyit inilah antara menu laris yang dijual semasa waktu rehat makan tengahhari di kawasan tumpuan pejabat di KL. 
Bagi pembeli ada nasi, ada ayam bersama sayur dan ada sikit sambal belacan. Ringkas! Makanan seimbang. 
Setuju tak...??

Sebenarnya nak masaknya pun senang dan sekejap ajer... Cuma atas kerajinan dalam diri samada nak buat atau tidak. Itu ajer kann....
Kalau tetiba kot-kot kerajinan datang menjelma,  boleh aje sediakan bahannya malam dan esok pepagi goreng dan boleh buat bekal makan masa rehat nanti. Jimat belanja!
Maklum lah, sekarang ni semua pun terpaksa kena berjimat dan terpaksa juga  berbelanja dengan penuh kebijaksanaan. Maka.... sila lah terpaksa rajin yea

Jom tengok style Nina untuk resepi mudah Ayam Goreng Kunyit ni..
Moga perkongsian resepi mudah dari Nina memberi manfaat buat semua.


AYAM GORENG KUNYIT
Bahan-bahan
300gm bahagian isi ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - Nina ketukkan aje
2inch halia - hiris nipis
Sayur kacang buncis secukupnya - potong serong 
Carrot - potong kecil
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara penyediannya
1-  Ayam yang dah dipotong dicuci bersih lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20minit.
2-  Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
3-  Kemudian masukkan ayam goreng hingga masak. 
4-  Masukkan sayur kacang buncis dan carrot, gaul rata hingga  masak. 
5-  Perasakan dengan garam secukup rasa. Nina tak letak pun...
6-  Tutup api dan sedia dihidangkan bersama nasi panas dan sambal belacan. Wallaa~

Selamat mencuba!






Labels: , ,